This is my life...
~Mohamed Haikal Bin Mohamed Ismail~ Came into this world on: Nineth october nineteen ninety two =) Ping Yi Primary ~1A-2A~ Fengshan Primary ~3K-4B-5B-6B~ Dunman Secondary ~1E-2E-3A-4A~ Tampines Junior College ~09S04~

Hantu

By You know who I am...

Got this from the internet… Damn funny. Sorry to my non-malay readers… The post is fully in malay.

JENIS-JENIS HANTU & ASALNYA

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih-kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai-balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain cak-cak di tepi langsir.

3.DSCI0054 Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan-kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari-hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari,seorang kawan menyergahnya dari belakang. Kerana terlalu terkejut,dia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung'. Jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini dengan berkata "Ponti punya anak, Ponti punya anak, Ponti punya anak." Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang neneklalu menjerit,"Oi! Pontianak."Lekatlah nama pontianak.

6.   Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa,dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang-orang kampung. Hebohlah satu kampung "Lari..lari.....Penanggal." Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu, dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu.  Senang cerita, kaki cong le. Bila dia mati, terlompat-lompatlah dia nak pergi cong orang dan orang akan memekik "Pucong! Pucong!" bila melihatnya.

8.  Hantu Gulung - Berasal dari Sumatera, ada seorang lelaki yang suka mengulung rokok. Tabiat dia suka mengulung rokok keretek asal daun. Setalah bertahun-tahun dia mengulung daun keretek sampai tak ada lagi yang nak digulung , ia pon mengulung apa-apa yang tercapai. Seperti gulung tikar, gulung kain, gulung selimut dan macam macam lagi. Dia mati pon pasal dia tergulung dalam kain kapan. Jadi, orang panggil dia Mat gulung atau Hantu Gulung.

 

9. Hantu Polong - Berasal dari keluarga sukan, Pak Long ni suka jaga stable kuda. Dia suka sangat nak masuk sukan Polo tapi di-tentang oleh ahli-ahli kelab kuda. Satu hari Pak Long mati di tendang kuda dan untuk menghormati beliau mereka namakan dia Polong bersempena nama sukan Polo dan Pak Long.

 

10. Hantu Tetek - Ada seorang lelaki ni memang suka melihat tetek pompan. Dia bernikah pon pasal dia nak menghisap tetek pompan. Kerja dia kahwin-cerai kawin-cerai supaya dia dapat menghisap berjenis jenis tetek yang berbagai bagai bentuk dan saiz. Isteri terakhir dia membutakan mata dia supaya dia tak dapat cari tetek pompan lain. Selepas menceraikan isteri terakhirnya, kehidupan dia terumbang ambing. Dia tak dapat lagi menghisap tetek pompan. Last sekali orang nampak dia mati dengan bibir dia masih menghisap sebiji buah papaya yang menyerupai tetek.

 

0 comments so far.

Something to say?